d
I am Me. In the entire world, there is no one else exactly like me. Everything that comes out of me is authentically mine, because I alone chose it: I own everything about me: my body, my feelings, my mouth, my voice, all my actions, whether they be to others or myself. I own my fantasies, my dreams, my hopes, my fears. Because I own all of me. I am me, and I am Okay.

Sunday, October 2, 2011

LAUK TENGAHARI (ASAM PEDAS PARI KACANG BOTOL)


assalamualaikum wbt...
hai semua.. rasanya almost setahun juga aku tak hupdate ini belog.. al maklumlaaa, bz.. ceh~ bz apebendenye... hahaha, aku pn tak mengharap kamu semua jengah belog ni.. siapa laa aku ni.. bukannya blogger hebat seperti blogger-blogger lain.. lagipun, blog ni hanyalah sekadar ruangan untuk meluah perasaan, tak gitu?? walau apa pun, kat sini aku nak share sikit resepi lauk favorite aku.. ASAM PEDAS, aku suka sesangat asam pedas.. tak kisahla asam pedas apa pun, as long as name die asam pedas.. memang di sental.. 
 
  bila makan asam pedas mesti perlu ada ulam-ulam.. itu akula.. tak tau plak kat org lain kn.. hehehe

asam pedas pari + kacang botol

asam pedas ini terjadi apabila mak aku memetik kacang botolnya di ladang kat depan rumah.. punyala banyak, tak terhabis di ulam.. then, tercetuslah idea ini untu dikongsi bersama.. semoga, perkongsian ini dimanfaatkan bersama.. (^_^)

RESEPI ASAM PEDAS PARI KACANG BOTOL:

(BAHAN-BAHAN)
*3-5 ULAS BAWANG MERAH
*2-4 ULAS BAWANG PUTIH
*SEDIKIT HALIA
*SEDIKIT KUNYIT HIDUP - tak perlu banyak, nanti asam pedas jadi pahit
*SEDIKIT BELACAN
*SEDIKIT IKAN BILIS
1 SUDU HALBA
2-3 SENDUK NASI CILI KERING KISAR
1 SUDU KECIL ASAM JAWA
DAUN KESOM/BUNGA KANTAN
TOMATO/KACANG BOTOL
SEDIKIT KOBIS JERUK
IKAN PARI/ikan-ikan lain
GARAM
GULA

(CARA-CARA):
1. Kisar semua bahan yang bertanda (*) hingga halus
2. Panaskan minyak, tumiskan cili kering kisar sehingga naik minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar bersama halba. Kacau sehingga naik minyak. 
3. Tambahkan 2-3 mug air (ikut tukang masak, nk pekat tak payah letak air banyak) dah asam jawa. Didihkan seketika.
4. Masukkan ikan, kobis jeruk, daun kesom. Tambahkan garam dan gula secukup rasa ya!
5. Biarkan seketika hingga ikan masak. Akhir sekali, masukkan kacang botol/lain-lain sayuran sehingga sedikit layu. (jangan layu sgt, nanti hilang khasiat sayur-sayur tu..)
6. tutup api dan sedia dihidang!!!

SELAMAT MENCUBA!!! daaa~



Photobucket


Monday, April 4, 2011

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH)

assalamualaikum wbt..
happy monday all.. arini sudah semestinya orang remai sibuk bercerita pasal ABP malam td.. and so do i.. mana taknya, second boyfriend aku dapat award.. kenala kepo beb!! kau xsuka tak pe. tp aku suka! kau bole buat ape?? aku pengundi tegar.. hahaha, gaya macam kepoh mngundi kt berita harian.. padahal,, tak dak pn.. huhu.. si abang nsem saya yg sorang ni memangla layak merangkul apa2 anugerah pn.. sebab die boyfriend aku! kau ada?? tp, kalau FAIZAL TAHIR and LISA yg dapat pn aku tak dak kesah.. sebab them all tu aku suka. 




F.T suara meletop letop.. tangkap lentok bila denga dia nyanyi lagu selamat malam.. rs didodoi2 je... fuhh!!


 LISA cantik jelita menawan kalbu..aku mahu cantik mcm dia!!! uwaaa..


Shaheizy Sam plak dia selamba sepontan sewaktu dengannya.. memang tiada bandingan, beserta raut wajah yang menambat hati lg.. sapa tak jatuh ati sei.. huhu..


okla ni.. banyak sgt plak merepeknya.. keje tak siap kang.. 
last but not least, congratulation to all pemenang ABPBH malam semalam.. kepada yg kurang berjaya tahniah juga kerana tanpa mereka mereka ni.. apelah industri hiburan malaysia.. kalau tiada mereka tiadal entertainment... betul tak???

selamat tinggal semua... see u next entry..


*sumber gambar: beautifulnara and of course google image!


Photobucket

Wednesday, March 30, 2011

CANTIK ATAU CUN????

assalamualaikum w.b.t...
salam satu malaysia sume.. tadi aku ade terbaca entry d blog tersohor negara BENASHAARI dalam 

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !. aku bukan nk bebangga or what la... tapi sebenarnya aku ni jahil sangatla pasal IT ni.. buta IT la katekan.. kang ubah ubah skit, sudaaaah.. lain plak jadinya.. bila suh repair, tah jadi ape2 plak dah.. bila dah senggini rupa dia.. aku akan stay smpai la bila bila.. mane taknya, kang sape nk tolong aku buat-buat bende alah ni.. kang terjojol plak bijik mata aku ni.. adoi.. btw, aku nak gakla join ini segmen.. sekadar suka suka... mengisi masa yang terluang.. samala macam blogger laen jgk.. huhu


SAYA SUDAH CUNKAN BLOG SAYA !  SILA LA SINGGAH KAWAN KAWAN ! follow saya pn bole.. hehehe.. ;)




Photobucket