d
I am Me. In the entire world, there is no one else exactly like me. Everything that comes out of me is authentically mine, because I alone chose it: I own everything about me: my body, my feelings, my mouth, my voice, all my actions, whether they be to others or myself. I own my fantasies, my dreams, my hopes, my fears. Because I own all of me. I am me, and I am Okay.

Wednesday, October 12, 2011

BULAN GRADUASI @ CONVOCATION

assalamualaikum wbt..
hai hai hai kepada semua pembaca blog saya.. ahaks~
alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpahan kurnianya dapatla kita bernafas di atas bumi ini. 
sepertimana yang sedia maklum, bulan ni ramai kan kawan2 kita yang bergraduasi, convola senang katanya dan termasukla juga aku! yay!! alhamdulillah dengan berkat usaha serta doa ibu bapa aku, akhirnya aku bergelar graduan.. uwah~ graduan you! tp masih lagi menganggur.. ceh~ bak kata mak abah aku, blom ada rezeki, kenala sabar dan banyak berdoa. semoga rezeki kita sama2 melimpah ruah, aminn~ 
memang seronok+eksited giler u!! iyelah.. sapa tak seronok.. usaha dan penat lelah kita akhirnya terbayar juga kan, aku harap juga kepada adik2 yang belom bergraduasi.. teruskanla usaha, jangan putus asa.. segala ujian adalah pengalaman kita.. itulah pahit manis kehidupan.. nanti dah tua2, bolela story morey kat anak2 cucu2 cicit kita.. barula semangat diorang nak belajar.. sama macam tok nenek diorg! hahaha

 dalam dewan plenari PICC before ceremony
 pre-convo

 pre-convo

 pre-convo

 insan tersayang yang tak pernah berhenti mendoakan kejayaan anak-anaknya.. thanx mak abah.. luv u much!!

 


Photobucket

Sunday, October 2, 2011

LAUK TENGAHARI (ASAM PEDAS PARI KACANG BOTOL)


assalamualaikum wbt...
hai semua.. rasanya almost setahun juga aku tak hupdate ini belog.. al maklumlaaa, bz.. ceh~ bz apebendenye... hahaha, aku pn tak mengharap kamu semua jengah belog ni.. siapa laa aku ni.. bukannya blogger hebat seperti blogger-blogger lain.. lagipun, blog ni hanyalah sekadar ruangan untuk meluah perasaan, tak gitu?? walau apa pun, kat sini aku nak share sikit resepi lauk favorite aku.. ASAM PEDAS, aku suka sesangat asam pedas.. tak kisahla asam pedas apa pun, as long as name die asam pedas.. memang di sental.. 
 
  bila makan asam pedas mesti perlu ada ulam-ulam.. itu akula.. tak tau plak kat org lain kn.. hehehe

asam pedas pari + kacang botol

asam pedas ini terjadi apabila mak aku memetik kacang botolnya di ladang kat depan rumah.. punyala banyak, tak terhabis di ulam.. then, tercetuslah idea ini untu dikongsi bersama.. semoga, perkongsian ini dimanfaatkan bersama.. (^_^)

RESEPI ASAM PEDAS PARI KACANG BOTOL:

(BAHAN-BAHAN)
*3-5 ULAS BAWANG MERAH
*2-4 ULAS BAWANG PUTIH
*SEDIKIT HALIA
*SEDIKIT KUNYIT HIDUP - tak perlu banyak, nanti asam pedas jadi pahit
*SEDIKIT BELACAN
*SEDIKIT IKAN BILIS
1 SUDU HALBA
2-3 SENDUK NASI CILI KERING KISAR
1 SUDU KECIL ASAM JAWA
DAUN KESOM/BUNGA KANTAN
TOMATO/KACANG BOTOL
SEDIKIT KOBIS JERUK
IKAN PARI/ikan-ikan lain
GARAM
GULA

(CARA-CARA):
1. Kisar semua bahan yang bertanda (*) hingga halus
2. Panaskan minyak, tumiskan cili kering kisar sehingga naik minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar bersama halba. Kacau sehingga naik minyak. 
3. Tambahkan 2-3 mug air (ikut tukang masak, nk pekat tak payah letak air banyak) dah asam jawa. Didihkan seketika.
4. Masukkan ikan, kobis jeruk, daun kesom. Tambahkan garam dan gula secukup rasa ya!
5. Biarkan seketika hingga ikan masak. Akhir sekali, masukkan kacang botol/lain-lain sayuran sehingga sedikit layu. (jangan layu sgt, nanti hilang khasiat sayur-sayur tu..)
6. tutup api dan sedia dihidang!!!

SELAMAT MENCUBA!!! daaa~



Photobucket